
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang singgah di blog ini. Setelah berbulan lamanya kita semua berada di rumah demi mematikan rantaian corona virus , sekarang barulah rasa agak selamat sedikit. ini post pertama saya tentang kehidupan selepas PKP.
Selama hampir 90 hari bermula dari 18 Mac 2020, ramai di antara kita rasa seperti terperangkap. Orang kata macam duduk dalam penjara. Dah la nak keluar rumah berjalan-jalan tak boleh kecuali ada urusan penting, dah keluar pun rasa takut-takut. Bila dah lama sangat boleh rasa tertekan sebab pergerakan kita jadi terbatas.
Apa tidaknya dengan rata-rata kedai kedai pun tidak beroperasi, rasa seperti berada di pekan yang ada zombi. Mata pandang kiri kanan dan bila tengok semua kedai tutup rasa nak cepat-cepat balik. Nak masuk kedai pun takut sebab kita tak tau samada ada virus corona ada melekat atau penjual tu pembawa virus atau tidak. Semuanya rasa serba tak kena.
Jadi selama Perintah Kawalan Pergerakan dari PKP jadi PKPD, kemudian PKPB sehinggalah yang terakhir setakat ini iaitu PKPP. Saya pun dah tak boleh pikir berapa banyak fasa PK ni sebenarnya. Syarat-syarat setiap fasa juga berubah. Bagaimana pun yang pasti sedikit demi sedikit perintah ini di longgarkan.
Alhamdulillah hari ni ketika saya menulis post ini banyak kedai-kedai yang telah beroperasi semula. Bagaimana pun memang seperti di jangka keadaannya tidak sama seperti dulu. Social distancing masih perlu di lakukan, mask masih perlu di pakai begitu juga dengan penggunaan hand sanitizer apabila memasuki ruang bangunan yang lain.
Saya? Saya memang tak berani sangat keluar rumah jika tiada urusan. Bukan saja takut terkena jangkitan sebab virus corona tak dapat di lihat dengan mata kasar, silap haribulan dalam masa 2 minggu sahaja dah tak ada kat dunia ni. Jadi selama 90 hari tak dapat keluar rumah , macam-macam aktiviti yang saya lakukan.
Asalnya saya suka travel dan secara online juga saya memang memasarkan pakaian musim sejuk. Tapi memandangkan sektor pelancongan masih belum boleh beroperasi seperti biasa, saya lupakan saja dulu barang-barang atau stok yang ada dalam simpanan. Sedih juga tapi hidup perlu di teruskan.
Tak banyak pun stok yang tinggal sebab saya sudah dapat mengagak yang barang akan tersangkut di China jika saya buat pembelian.
Bulan April 2020, saya teringin nak buat sabun home made. Puncanya sebab geram tengok sabun lawa lawa kalau buat sendiri. Lagi pun sabun home made ni kita sendiri tentukan bahan dia. Jadi dapat la jugak saya buat satu barr 700gm sabun sendiri yang dah habis pun saya pakai. Insyaallah ada masa saya nak buat satu jenis sabun lagi sebab bahannya semua dah ada cuma belum cukup masa nak buat 2nd batch.
Selain dari itu saya meneruskan aktiviti menerbitkan buku di Amazon . Sebenarnya dah hampir setahun saya terbitkan buku di Amazon. Alhamdulillah royati dekat Amazon ni yang back up bisnes saya semasa corona berleluasa. Penjualan buku masa PKP sangat memberansangkan sebab corona menyerang satu dunia.
Ada satu minggu tu 3 hari tiada lansung jualan buku saya di Amazon. Risau juga tapi saya dapati rata-rata publisher lain pun sama. Mungkin ketika itu U.S. sedang bergelut dengan virus corona . Perintah lockdown juga mungkin baru di jalankan menyebabkan ramai yang kelam kabut.
Sambil publish buku dengan masa yang terhad, dapur tetap kena berasap juga. Penat memang penat sebab saya biasa beli lauk dah siap. Anak saya yang ada di rumah pun seorang sahaja cuma bila PKP lagi seorang kena duduk di rumah juga.
Bila asyik memasak, rumah memang berbau makanan. Tak masak anak-anak pulak kata asyik lapar sebab mereka bukan boleh keluar rumah .

Lama-lama saya terfikir nak wangikan rumah supaya kurang rasa stress. Kadang-kadang bila aktiviti kita terganggu di sebabkan anak saya yang terpaksa guna laptop untuk belajar dalam talian, saya rasa tertekan juga. Nak masak, nak publish buku, laptop pulak asyik kena pakai sepanjang masa. Everything seems so unhelpful !
Tapi takkan nak rasa stress sepanjang masa betul tak? Turun tangga tengok siling atas bawah saya terfikir nak wangikan bau rumah supaya rumah bau wangi. Apa lagi saya pun belek-belek apa yang patut saya buat dan saya ternampak pewangi bilik yang boleh wangikan rumah . Dah tentu rumah wangi kita pun rasa seronok betul tak?
Apa lagi saya pun order la satu set. Saya pilih design nampak moden dan comel warna amber. Saya suka design tu sebab lampu led dia ada di bahagian atas tempat wap keluar dan lagi satu di bahagian badan diffuser tu. Cantik tau bila lampu tu boleh tukar-tukar sampai 7 warna.
Anak saya pun suka dengan set aromatherapi yang saya beli sebab masing-masing dah asyik nak masuk bilik yang bau wangi je. Begitulah kehidupan saya sekarang selepas PKP. Insyaallah nanti saya akan kongsikan lagi cerita-cerita lain pada post yang akan datang.
ps : Apa cerita anda sendiri masa PKP?