
Semua orang terkesan dengan COVID 19 betul tak? Dari sekecil – kecil bayi sampailah pada warga emas semuanya terpaksa berhati-hati dari di jangkiti wabak yang sangat merbahaya ini.
COVID 19 atau virus corona menyerang manusia tanpa mengenal usia, bangsa dan negara. Bermula dari Wuhan sampai ke benua Amerika, Eropah dan Asia.
China atau secara spesifiknya kota Wuhan terpaksa di tutup atau di arah untuk lockdown selama 3 bulan. Tak silap saya pada bulan January 2020 virus corona dah mula menyerang penduduk Wuhan.
Saya sebagai peniaga yang selalu memborong barang dari China sudah terasa yang virus corona ni bukan benda main-main.Plan asal saya yang nak ke Guangzhou pada bulan 3 terpaksa di lupakan dan saya bersyukur sebab saya tak jadi pergi.
Saya dapat rasakan banyak aktiviti yang akan lumpuh kerana jumlah pesakit yang di jangkiti dan mati mencecah puluh ribu . Ia menakutkan saya.
Dengan keadaan yang dah kelam kabut di China saya juga tak berani nak buka parcel kalau pun saya ada buat tempahan. Customer yang ada buat tempahan pun siang siang saya dah pulangkan duit mereka.
Memandangkan jualan baju sejuk memang akan terjejas saya hanya teruskan aktiviti menerbitkan buku di Amazon.
Tepat sekali jangkaan saya bila mana corona virus melanda, hasil jualan buku di Amazon yang bantu support kehidupan saya. Kerja tak susah pun sebab di Amazon tak semestinya kita kena jadi penulis untuk jual buku.
Tak sia -sia saya beli panduan terbitkan buku di Amazon walaupun terkial-kial pada awal-awal pembabitan. Boleh je jadi editor buku public domain ( karya penulis yang dah berusia 100 tahun atau penulisnya sudah meninggal dunia) untuk di terbitkan semula.
Tapi yang saya nak kongsikan hari ni sebenarnya bukanlah buku yang saya hasilkan.
Saya sebenarnya rasa kasihan demgan rakan- rakan saya yang majoritinya peniaga macam saya juga. Ramai rakan saya yang mempunyai kedai terpaksa menutup kedai sebab tak mampu nak bayar sewa.

Rakan-rakan yang ada beberapa unit kedai baju, kedai bunga, aksesori terpaksa berniaga dengan menyewa satu lot kedai sahaja. Tak mampu nak bayar sewa kedai dah !
Rakan lain yang ada spa dan kedai gunting rambut lagi parah sebab mereka paling lama tak dapat berniaga . Isu social distancing yang paling rumit sebab pekerjaan memerlukan mereka menyentuh pelanggan.
Bayangkan 3 bulan tak dapat berniaga macam biasa macam mana mereka nak teruskan kehidupan? Bagi yang ada pekerja, gaji masih terus di bayar walaupun pihak kerajaan ada bagi insentif untuk majikan.
Insentif tu pun dalam beberapa bulan sahaja untuk peniaga tampung sedikit sebanyak bayaran upah atau gaji walaupun kedai tutup. Masalahnya bila kedai di buka semula, keadaan tak sama seperti dulu.
Bilangan orang yang masuk ke kedai memang berkurangan. Orang pun letih dan malas kalau masuk 5 kedai, 5 kalilah kena beratur sambil kena ambil suhu badan.
Bayangkan pula peniaga pakaian atau yang terlibat dalam industri fesyen terutama sewaktu menjelang bulan puasa dan raya. Duit dan barang dan stuck di China yang jadi tumpuan produk fesyen.
Rakan yang otaknya ligat dan berpandangan positif akan cepat- cepat ambil kesempatan. Saya sendiri pun di sebabkan tak dapat jual pakaian musim sejuk macam biasa, jual je barang yang paling banyak demand masa tu.
Menjual pada orang yang yang nak barang yang kita jual memang seronok. Demand tengah tinggi ambil saja peluang yang ada. Saya jual je hand sanitizer sebab masa tu rata-rata stok di farmasi semua sold out.
Memang tak menang tangan sebab stok sentiasa habis dalam masa beberapa jam sahaja.Malah di online sekalipun seperti di Guardian dan Watson jualan sentiasa sold out.
Pada saya rezeki ada di mana-mana dan saya ikut theori of demand and supply.Teringat lagi subjek ekonomi tahun 1 di ITM Shah Alam dulu. Subjek paling mengantuk ni saya cukup cukup makan je. Bila berniaga baru nampak yang subjek ekonomi ni ada gunanya jugak pada saya ha ha.
Begitulah lebih kurang cerita tentang rakan rakan saya yang terkesan dengan COVID 19. Virus Corona dalam keburukannya masih ada hikmah yang tersembunyi.
Kesimpulannya semasa pandemik ini melanda, memang hampir semua orang terkesan dengan COVID 19. Hanya kita yang perlu berfikiran terbuka dan cepat-cepat diagnos apa yang boleh kita lakukan pada masa itu supaya dapat teruskan kehidupan seperti biasa.
Kita jumpa lagi dalam post yang akan datang.