Sejak saya menggunakan pewangi bilik di rumah, saya rasa seronok buat kerja. Masuk bilik je bau wangi. Dekat ruang tamu pun saya letak satu khas untuk ruang tamu sahaja.
Anak pun dah pandai mintak satu letak dalam bilik mereka. Kadang tu tak payah saya isikan air dalam diffuser ni , anak saya rajin isikan sendiri.
Dulu saya pun tak tau pasal diffuser ni. Rasanya inilah kali pertama saya dengar perkataan tu sebab biasanya saya panggil pewangi bilik je. Dulu dulu ada jugak pakai pewangi yang akan keluarkan bau dan berbunyi setiap 5 atau 10 minit. Bunyi macam orang bersin pun ada.
Dah pindah Seremban 2 saya pun tak tau mana pergi mesin tu sebab masa pakai dulu pun tak ada bau apa sangat.
Air freshener jenis semburan biasa juga saya guna bila ruang tamu bau tak sedap. Tapi kadang baunya menyengat dan saya kurang suka. Bila anak sembur saya tutup hidung sebab rasa chemical yang banyak dalam penyembur tu.
Yang jenis letak atas meja pulak tengok pada keluasan ruang. Dekat label tulis tahan 30 hari tapi bila pakai dalam 2 minggu je tahan. Asyik kena beli la pulak tak sampai 2 minggu dah hilang bau.
Jadi bila saya dah mula guna pewangi bilik jenis pakai letrik ni rasa puas hati. Hanya isi air , titikkan 2- 3 titik minyak tetapi dan on plug. Sekejap je dah berbau harum dan bunyi bising tak ada.
Apa Dia Pewangi Bilik Atau Diffuser Ni ?
Soalan tu sebenarnya saya tanya diri saya sendiri sebelum beli hari tu. Mungkin sebab saya tak biasa guna perkataan tu atau saya yang ketinggalan zaman. Maklumlah sibuk berniaga siang malam dan memang jarang beli barang untuk diri sendiri.
Jadi dalam post ni saya kongsilah macam mana rupa bentuknya. Sekurang-kurangnya kalau orang tanya tak la saya jakun sangat nak menjawabkan? Ha ha terukkan saya ni.
Memandangkan diffuser ni penggunaannya digabungkan dengan minya terapi atau essential oil, dalam bahasa Inggeris ia dipanggil sebagai ‘ essential oil diffuser ‘. Saya panggil pewangi bilik je sebab ia bahasa paling mudah faham untuk semua orang.
Ia berfungsi memecahkan molekul halus dalam minyak pati untuk di sebarkan ke ruang udara. Bila wap minyak pati tersebar bau bilik menjadi harum semerbak. Jadi udara yang kita hirup bercampur dengan khasiat minyak pati dalam wap yang tersebar tadi.
Pewangi Bilik Tingkatkan Kualiti Hidup
Ha macam ni caranya. Kita manusia bila ada bau benda busuk secara automatik kita akan tutup hidung. Ye la udara tak bersih buat apa kita sedutkan?
Pandemik COVID 19 pun kita kena pakai mask untuk elakkan kita dari dijangkiti virus. Samalah juga di mana diffuser ni bantu bersihkan ruang udara kediaman atau bilik yang kurang segar kepada lebih sihat. Minyak terapi pula memang satu jenis alat teraputik ( therapeautic ) atau rawatan.
Jadi menggunakan diffuser dengan minyak terapi mengharumkan bilik di samping memberikan rawatan secara semulajadi. Tanpa menggunkan ubat-ubatan iaitu sebagai rawatan komplimentari.
Sebagai contoh ada orang susah tidur sebab risau memikirkan macam-macam dalam kepala. Stress kerja , rumah lagi, anak-anak dan tanggungjawab. Ada yang terlalu risau sampai susah nak lelap mata.
Jadi komponen minyak pati contohnya Lavender berupaya membantu melegakan fikiran supaya kita dapat tidur lena ( bukan tak bangun-bangun tau ).
Minyak pati asli di perbuat dari 100% pati tumbuh-tumbuhan. Ada yang di hasilkan dari daun, buah, kulit, akar kayu, atau kelopak bunga.
Bukan mudah nak hasilkan minyak pati sebab prosesnya remeh . Itulah jugak sebabnya harga minyak pati ni selalunya memang mahal. Kalau boleh perah macam buat jus limau mesti harganya macam kita order air jus limau je kan?
Essential oil jugak ada yang boleh di gunakan pada kulit atau badan dan ada yang hanya untuk kegunaan luar seperti diffuser yag saya guna sekarang. Jadi bila beli minyak pati tanya dulu pada penjual supaya kita pilih yang betul.
Untuk kegunaan pada badan ni lain masa saya cerita sebab post ni nanti jadi panjang berjela.
Jadi ringkasnya diffuser ni adalah alat perantaraan untuk sebarkan khasiat minyak pati melalui proses pemelowapan di udara. Secara tak langsung bau minyak pati tadi juga mengharumkan bilik kita .
Panjang lebar dah saya tulis. Harapnya anda yang membaca post saya ni sekarang faham apa dia diffuser ni dan apa manafaatnya.
Yang penting diffuser atau pewangi bilik ni dah wangikan bilik ‘ work from home ‘ saya. Bilik wangi mood pun jadi ceria. Bila kita ceria automatik muka kita nampak berseri.
Alhamdillah next post kita jumpa lagi. Harapnya tangan ni rajinlah nak menulis dan bukan hangat- hangat tahi ayam ha ha.
Leave a Reply