Saya seorang home maker yang suka travel. Tapi selepas corona virus melanda, hobi ini terpaksa dihentikan untuk sementara waktu.
Semasa COVID 19 pandemic, saya rasa agak stress sebab banyak kerja yang terganggu. Anak tak dapat ke sekolah dan yang sedang belajar di universiti pun terpaksa cuti untuk tempoh yang agak lama. Walaupun di rumah ada 2 buah laptop tapi setiap hari kedua-duanya digunakan 24 jam. Caharger handphone pun begitu sebab anak lupa bawa charger sendiri dan yang sedia ada di rumah tak berfungsi dengan baik. Nak beli di luar tak boleh keluar rumah dan sangat lambat kalau beli secara online.
Semasa tempoh PKP saya cari sesuatu yang boleh saya lakukan dengan gembira. Ye lah nak jual pakaian travel pun tak boleh sebab customer pun tak boleh ke luar negara. Saya sendiri pun rasa bersalah kalau jual sebab seolah-olah menggalakkan COVID 19 bertambah berleluasa. Duduk rumah dan masak setaip hari benar-benar buat saya letih.
Rumah pun berbau makanan dari pagi sampai la malam. Rasa lemas betul-betul sampai kadang-kadang saya ambil kunci kereta dan bawa kereta keluar ambil angin. Bila rumah heavily bau makanan saya terfikir nak wangikan rumah ( kalau bukan saya yang masak anak-anak pandai masak sendiri bila dah lapar ). Dan bila saya sambil browse di google saya ternampak set aroma terapi!
Wah ! Ini sudah bagus. Saya tau air freshener yang letak atas meja tapi biasnaya bau harum tu tak tahan lama. Pakai kejap dah habis nak kena beli lagi. Jadi bila tengok harga yang sederhana dan dapat essential oil sekali saya terus order satu set. Essential oil saya ambik yang bau bunga-bunga sebab saya kurang suka bau buah-buahan. Kalau perfume pun memang saya cari yang bau bunga juga sebab kepala rasa pening dengan bau buah .
Hari yang ditunggu pun dah tiba. Dalam masa 2 hari set aromaterapi pun sampai . Wow ! Bau best sangat sebab saya pasang dalam bilik tidur. Walaupun saya tak switch aircond bau wangi tu turun juga ke ruang tamu . Anak-anak pun suka dan mula bertepek ke bilik kita bila bau bilik kita dah wangi.
Barulah saya terasa lapang fikiran dan kurang rasa tertekan duduk di rumah. Sejak dari hari tu saya akan sentiasa on diffuser dan rileks rileks di bilik sambil buat kerja. Kawan-kawan pun yang sama berniaga macam saya yang sama-sama stress di rumah pun order jugak bila saya tunjuk gambar saya pasang set aromaterapi ni di rumah.
COVID 19 walaupun memang menyusahkan tapi kita kena berpandangan positif. Ada sebab virus ni di turunkan dan kita kenalah ambil pengajaran dengan apa yang terjadi di sekeliling kita. Masalah memang silih berganti tapi hidup perlu di teruskan.
Kalau anda nak harumkan rumah dengan bau-bauan yang segar , cubalah pasang diffuser aromaterapi di rumah. Saya pasti mesti anda suka! Kalau anda nak tengok set aromaterapi yang ada, boleh tengok di kedai dalam talian saya di homearcadia.com .